KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu
Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali
KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri
Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu
KepadaMu Kekasih
Aku serahkan Jiwa dan raga Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini
Syahdu betul bila dengar lagu ni semasa Anugerah BeritaHarian semalam.
As for me, it is not easy to always do good things...say nice words all the time...and ultimately to gain the strongest IMAN ever. But me try my best to be a good Muslimat.
Kena selalu muhasabah dan perlu juga beringat-ingat. Likewise have to remind myself to live life like I'll be gone the next day....or maybe the next second.
Teringat masa kecik-kecik dulu mak selalu ingatkan sebelum tidur mesti baca 3 Qul, Bismillah 21 kali, Al-Fatihah (perlu juga sedekah pada yg telah tiada...selalu mak pesan mcm tulah) dan taklupa mesti baca ayat Kursi sebagai pendinding diri.
Yang wajib Rukun Islam Rukun Iman tu dah tentulah.
Tapi kena juga rajin-rajinkan diri buat benda-benda yang mudah...all those simple things that might help to balance our 'dacing' later on nanti.....
(apa punya bahasa daaaa.......)
Macam sorang uncle ni tiap kali pegi toilet mesti tutup kepala dan kaki beralas.
Masuk toilet kaki kiri dan keluar kaki kanan.
hmm....apa lagi ya....
Semasa Azan tak kisahla dari masjid atau tv.....tetap Azan juga namanya tu
perlulah hormat....
tidak digalakkan baring (tidur apatah lagi) dan yang paling terbaik adalah mendiamkan diri
same goes masa mengambil Wuduq...sebaiknya jangan berbercakap...makruh tu...
tak ingat la apa lagi. hehehe
nantila kalau teringat yg sunat-sunat tu boley share lg next time.
No comments:
Post a Comment