Ada sekali tu 'ter'tengok siaran Tanyalah Ustazah. Tak kenal pun ustazah tu. Yang membuatkan sedikit terkesan adalah sebahagian kata-katanya.lebih kurang macam nilah katanya : kurangkah takwa seorang ibu menjaga anak-anaknya berbanding orang lelaki yang tidak pernah missed solat terawikh berjemaah di masjid??? Jawapannya tidak. Panjang juga ustazah tu buat rumusan tp sekurang-kurangnya beliau telah menyedarkan aku satu perkara. Iman dan taqwa tu bergantung pada setiap individu dalam amalannya.dan tiada siapa yang tahu apakah amalannya benar-benar diterima oleh Allah taala.
Bukan apa, sejak ada anak-anak ni.memang tiada kesempatan nak berterawikh di masjid@surau. Adakalanya rasa berdosa sangat. Adakalanya rasa kerdil sangat. Tapi banyak la kata-kata ustazah tu put some new perspectives to me.
Pernah tak kita tengking anak-anak ataupun abaikan mereka, kerana tergesa-gesa nak solat. Patut dipersoalkan balik adakah solat dalam keadaan tu akan diterima Allah taala. Pernahkah kita pergi ke jemputan kenduri tapi kita tetap nak berpuasa sunat. Mana yang lebih afdal? Adakah pahala puasa sunat itu diterima? Macam mana pula apabila ada tetamu di rumah, tetapi kita cepat-cepat ke masjid nak bersolat terawikh. Apabila tetamu rasa kecil hati (atau rasa tersilap hari menziarah teman!), agaknya berapa percent pahala solat terawikh yang tinggal ya. Begitu juga adakalanya kita ni sangat murah hati dengan kawan-kawan, suka nak menderma dan bersedeqah pada yang memerlukan. Tapi terlupa pada adik beradik dan saudara mara yang sepatutnya perlu didulukan.
Itulah, nak capai darjah keimanan yang tinggi bukannya mudah tapi tidak juga sukar. Aku? Perlahan-lahan mencari jatidiri. Perlahan tu adakalanya lebih baik supaya yang dicari, yang dijumpai, tetap kejap tersimpan dan tidak hilang. Kadang-kadang dalam kecepatan mengejar iman, kelupaan akan wujud dan ada intipati akan tercicir.
Apa-apa pun kena letak constant reminder : semuanya kerana Allah taala. Pakai baju kerana Allah taala. Kerja kerana Allah taala. Uruskan keluarga kerana Allah taala. Makan angin kerana Allah taala. Uishhhh.....kena selalu ingatkan diri sendiri.
Jauh lagi rupanya perjalanan aku ni!!!!!!
Wallahualam. Tabarakallah.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
2 comments:
Dah jadi macam ustazah bila menulis..bagus topik tukan Mar..akak suka dengar ceramah ustaz kazim banyak juga ilmu yg didapati...satu lagi mana lebih afdal? Sembahyang terawih @ dengar ceramah agama...sembahyang terawih tu sunat tapi menuntut ilmu wajib.....
hahahahaha..........ustazah apanyer kak eyna! bila tengok rancangan2 macam ni, dgn sendirinya kita pun turut sama berpikir-pikir. pikir pasal diri sendiri ler kan, bukan pasal orang lain. mar masih cuti ni kak eyna sebab tu ada masa xtra.
kak eyna dah sihat? kaki dah ok?
Post a Comment