Saturday 11 August 2012

Top two Raya Advert

Sebenarnya notice iklan raya ni melalui facebook. Yang paling membuat hati rasa sedih (10 kali tengok 10 kali lah rasa nak nangis!!!) uhuk! uhuk! uhuk! Memang sangat terkesan di hati. Moral of the story : tidak semua orang bernasib baik. Dan mereka (dan mungkin aku juga!) yang bernasib baik pun akan sentiasa merasakan diri tidak/kurang bernasib baik. At the end of the day (sekurang-kurangnya bukan at the end of our life), kena ada rasa syukur..........kena ada rasa redha...... Pernah tak kita ada perasaan tak redha tapi nak jugak paksa diri supaya redha? sapa yang pernah mengalami perasaan macam ni............hmm......susah ooooooooo..........Lebih kurang macam pepatah Inggeris "we can always forgive but never forgets".



Lagi satu ni iklan Petronas yang juga sangat terbaekkkk!!!


Friday 10 August 2012

Sesekali muhasabah diri

Masa ni cepat je berlalu.dahpun masuk hari ke 21 Ramadhan. Rasa macam tak sempat nak buat apa pun, tau-tau aje dah sampai penghujung bulan yang penuh kemuliaan ni. Masa ni adakalanya rasa lambat juga. Nak tahu bila? Haaaa,masa nak bersalin! Memang macam tak bergerak je jarum jam time tu, takpun masa nak tunggu gaji masuk ataupun masa tamat kerja. Confirm masa sangat lambat pada ketika-ketika yang macam tu!

Ada sekali tu 'ter'tengok siaran Tanyalah Ustazah. Tak kenal pun ustazah tu. Yang membuatkan sedikit terkesan adalah sebahagian kata-katanya.lebih kurang macam nilah katanya : kurangkah takwa seorang ibu menjaga anak-anaknya berbanding orang lelaki yang tidak pernah missed solat terawikh berjemaah di masjid??? Jawapannya tidak. Panjang juga ustazah tu buat rumusan tp sekurang-kurangnya beliau telah menyedarkan aku satu perkara. Iman dan taqwa tu bergantung pada setiap individu dalam amalannya.dan tiada siapa yang tahu apakah amalannya benar-benar diterima oleh Allah taala.

Bukan apa, sejak ada anak-anak ni.memang tiada kesempatan nak berterawikh di masjid@surau. Adakalanya rasa berdosa sangat. Adakalanya rasa kerdil sangat. Tapi banyak la kata-kata ustazah tu put some new perspectives to me.

Pernah tak kita tengking anak-anak ataupun abaikan mereka, kerana tergesa-gesa nak solat. Patut dipersoalkan balik adakah solat dalam keadaan tu akan diterima Allah taala. Pernahkah kita pergi ke jemputan kenduri tapi kita tetap nak berpuasa sunat. Mana yang lebih afdal? Adakah pahala puasa sunat itu diterima? Macam mana pula apabila ada tetamu di rumah, tetapi kita cepat-cepat ke masjid nak bersolat terawikh. Apabila tetamu rasa kecil hati (atau rasa tersilap hari menziarah teman!), agaknya berapa percent pahala solat terawikh yang tinggal ya. Begitu juga adakalanya kita ni sangat murah hati dengan kawan-kawan, suka nak menderma dan bersedeqah pada yang memerlukan. Tapi terlupa pada adik beradik dan saudara mara yang sepatutnya perlu didulukan.

Itulah, nak capai darjah keimanan yang tinggi bukannya mudah tapi tidak juga sukar. Aku? Perlahan-lahan mencari jatidiri. Perlahan tu adakalanya lebih baik supaya yang dicari, yang dijumpai, tetap kejap tersimpan dan tidak hilang. Kadang-kadang dalam kecepatan mengejar iman, kelupaan akan wujud dan ada intipati akan tercicir.

Apa-apa pun kena letak constant reminder : semuanya kerana Allah taala. Pakai baju kerana Allah taala. Kerja kerana Allah taala. Uruskan keluarga kerana Allah taala. Makan angin kerana Allah taala. Uishhhh.....kena selalu ingatkan diri sendiri.

Jauh lagi rupanya perjalanan aku ni!!!!!!

Wallahualam. Tabarakallah.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday 8 August 2012

Citer blackberry dan hidupku yang tak tentu arah ni

Dah lama tak ber'blog. Tak sempat pun ya. Tak ada mood pun ya. Dan diantara celahan waktu, ada tugasan tertangguh sekian lama dan perlu disiapkan. Kerana tugasan yang sangat misteri itu, terpaksa juga mencari masa untuk online. Semasa sedang dalam pencarian dan misi misteri,terjumpa la satu blog ni menyebut boleh post blog thru phone. Ahahahh......gitula citernya sampai keluar satu entry 'testing'! :) lenkali I masukkan link blog tu as a kredit. Inilah I tengah menaip posting dengan jayanya kat handphone kesayanganku.
http://www.viruspadu.com/2011/03/lepas-dapat-pujian-terus-buat-tutorial.html

Citer pasal handphone, blackberry kesayanganku dah hidup balik. Lebih 200 gak bayar kos repair. Alhamdulillah. Cuma yg slacknya hpku dah mcm baru kuar hutan.retak sana sini.kamera tak boley pakai.itu takpe lagi,tp bila memory card langsung tak boleh read, aduhai.seksa la jugak bagi aku yang suka download ni.itu juga jadi penyebab aku tertarik dengan promosi digi sekarang. Pakej Iphone tu macam menarik kan? Malangnya aku dah jatuh cinta dgn blackberry,jadi kalo boleh dan ada rezeki nak beli blackberry la jugak.Sangat-sangat berterima kasih pada sahabat yang hadiahkan blackberry ni pada aku. Walaupun melalui research yang aku buat kat tenet ni, RIM sedang mengalami zaman kejatuhan tp aku tetap rasa blackberry ni sangat bagus.

Sebut pasal bagusnya digi pulak, pakej dia yang tengah promo sekarang sangat la affordable dan ada installment plan.bagi golongan marhain macam aku ni, I likkkkeEeee okeh. Iphone@Samsung? I'm not so much into touch screen. Another credit to Digi+Blackberry sebab ada plan unlimited but prepaid.that is what I'm subscribe to right now. 25 hinggit je monthly pastu boley berinternet,fb,twitter 24/7. Ha, provider lain mana ada plan macam ni yang sangat2 affordable. Jadi kawan-kawan, marilah pakai Digi.ehheheheh.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday 7 August 2012

Testing

Kadang-kadang terlupa
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Productivity Tips Found at Pinterest

50 Productivity Tips to Boost Your Brainpower (#Infographic)
Infographic brought to you by Wrike

Koleksi Novel Saya

  • 5 Tahun 5 Bulan - Hlovate
  • Air Mata Kasih - Norhayati Berahim
  • Aku Milikmu - Aleya Anessa
  • Bayangan Rindu - Anis Ayuni
  • Bicara Hati - Damya Hanna

Wanna follow me, I'll follow u back then

Novel collection

Novel collection

Artphoto

Artphoto