Monday 11 October 2010

Kenangan Lebaran 2010

Kisah raya pertama di Kuala Kangsar. Biasanya lepas solat Aidilfitri, kami sekeluarga akan berkumpul kat hall untuk sesi minta maaf sesama family. Tapi kali ni sebab nain dah set nak ambik gambar kat masjid, lepas semua dah bersiap .... makan....etc, terus bertolak ke Masjid Ubudiah. Sementara nak set-up camera segala, time tu la baru nak bersalam-salaman. Mood pun takde. ehehehe..... kalo tak memang asyik rasa sebak jer tiap kali nak minta maaf. maklum la mana ada manusia yang tak pernah buat silap apatah lagi dengan mak abah dan adik beradik. Tak sah la dalam kehidupan ni kalo takde bergaduh adik beradik. Dan macam tak normal lar pulak kalo sepanjang hidup ni sentiasa setuju aje dengan mak dan abah. Ha! kalo ada benda yang tak sependapat tu dengan mak abah, jadik memang patut sangat la minta maaf. Walau tiap kali jumpa pun ada minta maaf dan bersalam tapi tak sama 'moment' semasa hari raya ...apatah lagi first day raya. :) Selagi hayat di kandung badan............

Sunday 10 October 2010

My three little angels

Marsya, Farhan dan Marissa. My three cute stooges...with all kind of ticks and tricks. Kids are like that. Penawar jiwa dan raga. walaupun kadang-kadang tengah bad mood atau rasa macam nak telan suma benda depan mata, tp bila depan diaorg terpaksa la jugak senyum.

Friday 8 October 2010

Gambar je yang ada

Dah makin malas a.k.a. takde masa a.k.a lembab skit nak menulih. tp tengah seronok nak masukkan gambar.....



Tadaaaa.........nilah new addition to Muzaffar's family! Marissa Qaisara. Born on 2nd. July 2010. Kisah kelahiran banyak yang tak best dari yang best jadik maleh nak ingat.....hahahaha...........sakit oooooo.
Pastu sebulan turun naik klinik ngan hospital sebab prolong jaundice. Kakak dengan abang tak pernah la sampai macam ni punya kes. Sehingga la sekarang still ada appointment ngan paed untuk confirm punca kena kuning.

Lepas raya terus masuk kerja. Office pulak macam-macam paradigma ada. Slow la skit nak warm up dan nak adjust life. Dan paling penting nak adjust time bila nak express susu ibu yang fresh ni. eheheheee......


Nice Raya Pictures


Gambar-gambar sekitar raya yang lepas. Lia yang paling seronok sebab dapat tiga pasang baju kurung baru siap match dengan tudung! Aku jugak yang kali ni ketinggalan takde baju raya. tapi dapat baby raya.....muahahahaha......


Bila rakyat dah bertambah......suma benda lain pun bertambah jugak.....hailoooh......kali ni dah masuk kerja....kerja pun makin bertambah rasanya.
Hmm...........

Productivity Tips Found at Pinterest

50 Productivity Tips to Boost Your Brainpower (#Infographic)
Infographic brought to you by Wrike

Koleksi Novel Saya

  • 5 Tahun 5 Bulan - Hlovate
  • Air Mata Kasih - Norhayati Berahim
  • Aku Milikmu - Aleya Anessa
  • Bayangan Rindu - Anis Ayuni
  • Bicara Hati - Damya Hanna

Wanna follow me, I'll follow u back then

Novel collection

Novel collection

Artphoto

Artphoto