Tuesday, 20 September 2011

Kisah lebaran yang tak berapa best

Aidilfitri memang la sangat best. Sangat sedih bila Ramadhan berakhir. Rasa macam tak cukup jer doa yang ditadahkan. Rasa macam ciput jer buat amal ibadat. Especially bila ada baby, tak sempat nak kejar solat Terawih. Walauapa pun lebaran tetap disambut dengan meriah. Kerana maksud lebaran itu sendiri adalah hari kemenangan.


Dalam pada itu seseorang dalam keluarga kali ini merayakan lebaran hanya dengan anak-anak. Terkejut juga. Walaupun tidaklah rapat dengan isterinya tetapi banyaknya persoalan apabila kisah sedih itu berlaku setelah sembilan tahun hidup bersama. Things like this cannot be predicted. Hidup ni semua orang pun tahu macam roda. Begitu juga dalam kehidupan seharian....elok je berjalan tetapi tak ada lubang, tak ada amaran tiba-tiba terpeleot la pulak. Dan banyak kali dah berlaku dimana tak ada tanda apa-apa pun dan tiba-tiba hujan turun. Hmm..... ....cuma dapat tumpang simpati. tumpang mendengar keluh-kesahnya. Apalagi yang dapat di offer, ya tak? ;)


Beberapa hari selepas itu, ada juga satu lagi berita tak berapa best juga. Pakcik ku yang seorang ini sangat baik hati. Seorang yang kelakar dan sentiasa ramah. Semoga tabah ya menghadapi dugaan kehidupan. Whatever it is, I'll still support u. A never ending support to one of my favourite uncle. Ini kisah keluarga, tak boleh nak citer kat sini. Tapi kisah yang nak share adalah, saya sangat-sangat menyokong semua ahli keluarga saya. tak kira lah dalam membuat keputusan ataupun dalam apa saja pilihan yang mereka buat. Memanglah ada masanya tak setuju, ada masanya hati berkata-kata dan di masa yang lain mulut pulak selamba memuntahkan ayat-ayat yang tak seronok didengar. Namun, tidak jugak lari dari mereka. Kalaupun tak dapat nak berdiri menyokong di belakang, sekurang-kurangnya jadi dinding di kiri ataupun kanan pun diterima jugak kan? Dan adakalanya terpaksa juga berdiri di depan (mungkin cubaan untuk menghalang!) atau setidaknya cubaan supaya mereka mengambil lebih masa untuk berfikir.

My own monologue jer ni. Tak faham pun tak apa.

No comments:

Productivity Tips Found at Pinterest

50 Productivity Tips to Boost Your Brainpower (#Infographic)
Infographic brought to you by Wrike

Koleksi Novel Saya

  • 5 Tahun 5 Bulan - Hlovate
  • Air Mata Kasih - Norhayati Berahim
  • Aku Milikmu - Aleya Anessa
  • Bayangan Rindu - Anis Ayuni
  • Bicara Hati - Damya Hanna

Wanna follow me, I'll follow u back then

Novel collection

Novel collection

Artphoto

Artphoto