hidup ini kadangnya mendung
selalunya cerah
adakalanya ribut melanda
itukah hidup
itukah alam
entahlah
dalam kekalutan itu
aku tetap begini
tetap disini
tetap juga begitu
tidak mengerti
dan tidak juga mahu memahami
biarlah
biar ia berlalu
kesannya walau pudar
ditiup angin
ditelan zaman
dikelabukan perjalanan kehidupan
namun ia tetap disitu
kekal begitu